Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel kurangkan had penangkapan ikan Gaza

    BAITULMAQDIS, 30 April – Israel mengurangkan had penangkapan ikan luar pesisir yang dikenakan ke atas kapal yang beroperasi di luar Gaza mulai hari ini selepas tembakan roket dari wilayah oleh militan Palestin, kata pegawai.

    Nelayan Gaza kini boleh beroperasi tidak lebih daripada enam batu nautika ke Mediteranean, berkurangan daripada had sehingga 15 batu nautika yang telah dikuatkuasakan oleh Israel sejak 1 April. Unit kementerian pertahanan Israel yang menyelia hal-hal awam di wilayah Palestin, berkata had baharu akan dikuatkuasakan “sehingga notis selanjutnya.” Seorang jurucakap COGAT berkata keputusan itu diambil memandangkan pelancaran roket dari Gaza pada lewat semalam.

    Seorang jurucakap tentera berkata roket terjatuh ke Mediterranean, beberapa kilometer di luar pantai Israel. Satu sumber tentera berkata roket ditembak oleh kumpulan militan kedua terbesar Gaza, Islamic Jihad, sekutu pemerintah Islam wilayah Hamas.

    Sumber itu mendakwa dalam beberapa minggu ini, Islamic Jihad telah “mengambil langkah-langkah untuk menjejas” usaha untuk mengekalkan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda