Israel kurangkan sekatan COVID-19

BAITULMAQDDIS, 7 MAC – Israel mengambil lagi satu langkah ke arah kembali normal pasca pandemik hari ini, dengan membuka restoran, bar dan kafe kepada pemegang ‘pas hijau’ yang telah divaksinasi, dengan kira-kira 40 peratus dari penduduk telah sepenuhnya diinokulasi daripada koronavirus.

“Kami kembali bernyawa,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketika dia memotong pastri di sebuah kafe di Baitulmuqaddis, menurut video yang dimuat naik melalui Facebook.

Israel, melancarkan kempen vaksinasi pada Disember, memberikan dua kali suntikan Pfizer/BioNTech kepada lebih 3.7 juta daripada sembilan juta orang penduduk.

Hampir lima juta orang telah menerima suntikan pertama.

Negara tersebut melancarkan program pas hijau bulan lalu, membenarkan semula penduduk yang dikawal dengan bukti telah menerima vaksin sepenuhnya – atau mereka yang pulih daripada COVID-19 – memasuki gim, kolam renang dan kemudahan lainnya.

Tetapi hari ini langkah untuk membuka semula telah dijangkakan, ketika mereka menandakan pemulihan perkhidmatan yang berkaitan dengan kehidupan seharian penduduk Israel. – AFP

Israel telah mengurangkan sekatan koronavirus dengan membenarkan restoran beroperasi sehingga 75 peratus kapasiti.- AFP