BAITULMAQDIS, 27 DIS – Israel hari ini akan memulakan perintah berkurung koronavirus ketiga, ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyuarakan keyakinan bahawa vaksinasi ‘rekod dunia’ akan memacu mengembalikan keadaan kembali normal dalam tempoh beberapa minggu.
Selepas lonjakan dalam mengesan jangkitan, kerajaan Netanyahu tiga hari lalu mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan semula langkah ketat yang sebelum ini membantu membataskan penularan.
Bermula 5 petang waktu tempatan hari ini, kebanyakan orang akan diarah untuk kekal berada dalam lingkungan 1,000 meter dari rumah mereka.
Namun terdapat lingkungan yang dikecualikan, termasuk untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, menghadiri prosiding undang-undang atau bersenam.
Berbezaan ketara dalam perintah berkurung ketiga dikenakan Israel berbanding yang sebelumnya berhubung kait dengan sekolah, di mana kini lebih ramai pelajar dibenarkan kembali menghadiri kelas masing-masing.
Berbanding melaksanakan perintah berkurung secara penuh, Israel membenarkan sekolah terus dibuka bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah, termasuk kelas satu hingga empat dan pelajar menghabiskan sekolah menengah dalam kelas 11 dan 12.
Majlis Kebangsaan Israel bagi Kanak-kanak mengkritik keputusan untuk menutup kelas lima hingga 10. – AFP






























