Israel lakukan serangan ke atas Hamas di Gaza

BAITULMAQDIS, 12 OGOS – Tentera Israel hari ini berkata mereka telah melakukan serangan semalam ke atas Hamas di Semenanjung Gaza setelah belon pembakar dilancarkan di seberang sempadan dari wilayah Palestin.

Tentera mengatakan serangan itu adalah tindak balas terhadap pelancaran belon pembakar dari kawasan yang dikendalikan Hamas dalam beberapa hari terakhir.

“Jet, helikopter dan kereta kebal menyerang sejumlah sasaran ke atas Hamas termasuk infrastruktur bawah tanah dan pos pemerhatiannya,” kata satu kenyataan.

Anggota bomba di selatan Israel mengatakan bahawa belon itu menyebabkan 60 kebakaran kelmarin tetapi tidak melaporkan sebarang korban jiwa.

Bahan letupan yang diikat pada belon dan layang-layang pertama kali muncul sebagai senjata di Gaza semasa tunjuk perasaan pada tahun 2018, ketika alat itu melayang melintasi sempadan setiap hari, menyebabkan ribuan kebakaran di ladang dan komuniti Israel.

Kepulan asap tebal dan api dilihat selepas pesawat perang milik tentera Israel melakukan serangan udara ke atas bandar Rafah di selatan semenanjung Gaza. – AFP

Israel telah menutup jalan persimpangan penghantaran barang Kerem Shalom ke Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon baru-baru ini.

Hamas mengecam penutupan itu sebagai tindakan agresif yang menunjukkan desakan Israel untuk mengepung Gaza, dan memperingatkan ia boleh menyebabkan keadaan kemanusiaan yang semakin parah di wilayah itu.

Ketika jalan Kerem Shalom ditutup, persimpangan Rafah antara Gaza dan Mesir dibuka kelmarin untuk pertama kalinya sejak April.

Lalu lintas di kedua-dua arah dibenarkan selama tiga hari, yang membolehkan warga Gaza meninggalkan kawasan tersebut untuk pertama kalinya sejak wabak tersebut.

Persimpangan Rafah menyediakan satu-satunya akses Gaza ke dunia luar yang tidak dikendalikan oleh Israel.

Wilayah Palestin berada di bawah sekatan Israel sejak 2007. Hamas dan Israel telah bertempur sejak 2008. – AFP