Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Israel lancar artileri ke Lubnan

    BAITULMAQDIS, 25 APRIL – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Ahad menyasarkan artileri ke Lubnan sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari negara itu, lapor Agensi Anadolu.

    “Lubnan melancarkan serangan roket ke utara Israel awal malam ini, dan pasukan Artileri IDF bertindak balas menyasarkan lokasi roket itu dilancarkan,” ciap IDF di Twitter.

    Sebelum ini, tentera Israel mengumumkan roket itu membedil kawasan lapang berhampiran bandar Shlomi tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

    Tiada siren amaran dibunyikan dan tahap amaran kekal normal.

    Akhbar Hizbullah Al-Akhbar melaporkan roket itu dilancarkan dari daerah Tire Lubnan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...