Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Dua negara ‘berperang’ dijangka tandatangani perjanjian sempadan maritim ‘bersejarah’

    NAQURA, LEBANON, 27 OKT – Lubnan dan Israel hari ini dijangka menandatangani perjanjian sempadan maritim yang diuruskan oleh AS yang akan membuka jalan kepada pengekstrakan gas luar pesisir yang menguntungkan oleh jiran-jiran yang masih berperang secara teknikal.

    Perjanjian itu, yang dipuji oleh Presiden AS Joe Biden sebagai ‘kejayaan bersejarah’, dibuat ketika kuasa Barat mendesak untuk membuka pengeluaran gas baharu dan mengurangkan kerentanan terhadap pemotongan bekalan dari Rusia.

    Beberapa jam sebelum pemeteraian yang dijadualkan, Perdana Menteri Israel Yair Lapid mendakwa bahawa hasrat Lubnan untuk menandatangani perjanjian itu merupakan pengiktirafan de-facto terhadap negara Yahudi itu.

    “Bukannya setiap hari negara musuh mengiktiraf Negara Israel, dalam perjanjian bertulis, di hadapan seluruh masyarakat antarabangsa,” katanya, sejurus sebelum kerajaannya meluluskan perjanjian itu.

    AFP telah menghubungi Lubnan untuk memberi reaksi terhadap komen tersebut. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...