Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Israel luluskan dos keempat vaksin bagi warga emas

    BAITULMAQDIS, 3 JAN – Israel meluluskan dos vaksin COVID-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan, kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett kelmarin.

    Dalam sidang media maya, Bennett berkata dos keempat vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer itu, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kakitangan perubatan yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lalu, lapor Xinhua.

    Beliau berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel “lapisan pertahanan baharu”.

    Bennett menggesa warga emas untuk mendapatkan suntikan penggalak, sambil mengingatkan mereka bahawa Israel berada di ambang satu lagi lonjakan morbiditi akibat penyebaran varian Omicron.

    Israel mungkin “menyaksikan sebanyak 50,000 kes COVID-19 baharu,” kata Bennett.

    Israel pada Khamis lalu meluluskan suntikan vaksin keempat untuk penduduk yang mempunyai masalah imun dan warga tua yang tinggal di rumah jagaan, menjadi antara negara terawal yang menawarkan dos penggalak itu.

    Kira-kira 70 peratus daripada 9.45 juta penduduk Israel sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan kira-kira 45 peratus menerima ketiga-tiga dos itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kelmarin. – Bernama

    Naftali Bennet semasa sidang media di pejabat perdana menteri di Baitulmaqdis kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...