Israel mahu musnahkan Bedouin

KHANS AL-AHMAR, Wilayah Palestin, 13 Sept – Polis sempadan Israel, mengalihkan karavan-karavan di kawasan berhampiran kampung Bedouin di Tebing Barat yang hendak dimusnahkan oleh Israel, meskipun mendapat kritikan antarabangsa, menurut para pegawai hari ini.

Operasi sebelum subuh di pinggir Khan al-Ahmar menimbulkan kebimbangan di kalangan 200 penduduk kampung berkenaan bahawa permusnahan itu akan berlaku tidak lama lagi.

Polis sempadan merampas lima karavan yang diletakkan oleh para aktivis yang berkempen bagi penentangan terhadap tindakan memusnahkan kampung itu.

Mereka menyekat akses ke kampung itu semasa operasi dijalankan dan tidak ada pergaduhan tercetus antara pihak tentera dan orang ramai, menurut jurugambar AFP.

Badan kementerian pertahanan Israel yang mengawasi kegiatan awam di wilayah Palestin mengatakan lima karavan telah dirampas secara haram selama beberapa hari ini.

“Penubuhan struktur ini telah dikemukakan oleh wakil-wakil Pihak Berkuasa Palestin dalam bantahan dan penentangan keputusan Mahkamah Tinggi (Israel), dan bertentangan dengan penguatkuasaan undang-undang Israel di Kawasan C,” kata COGAT.

Ia merujuk kepada 61 peratus daripada Tebing Barat ditakluki Israel di mana ia menjalankan aktiviti latihan penuh oleh pihak berkuasa tentera.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Agung Israel mengekalkan perintah untuk memusnahkan kampung itu dengan alasan bahawa ia dibina tanpa permit yang diperlukan.

Bagaimanapun, sangat jarang penduduk Palestin mendapatkan permit Israel untuk membina rumah di Kawasan C di Tebing Barat, di mana Khan al-Ahmar terletak. Penempatan sementara bagi penentang tindakan memusnahkan kampung itu tamat semalam, bermakna pasukan tentera boleh melaksanakan perintah mahkamah apabila ia perlu.

Jurucakap kampung berkenaan, Abu Khamis, berkata bahawa Israel belum bertindak memusnahkan kampung itu buat masa ini bagi mengelakkan kritikan antarabangsa menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akhir bulan ini.

Kampung Bedouin terletak di tempat yang strategik berhampiran penempatan Israel dan di sepanjang jalan menuju Laut Mati. – AFP