Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Israel, Palestin perlu bertenang’

    BEIJING, 26 APRIL – China menggesa Israel dan Palestin bertenang serta tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam perbahasan umum Majlis Keselamatan PBB, pada Isnin.

    Beliau berkata China membantah sebarang serangan yang menyasarkan rakyat jelata dan menentang apa jua tindakan yang bercanggah dengan sejarah mana-mana tempat ibadat. 

    “Masalah Palestin menjadi isu teras Asia Barat. Tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berkembang, isu Palestin tidak boleh diketepikan atau dilupakan.

    “China menggesa Israel menghentikan tindakan merobohkan rumah dan mengusir rakyat Palestin, memperluas kawasan penempatan Yahudi, selain menyediakan suasana baik bagi pembangunan komuniti penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat,” kata Zhang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...