Israel rancang bina penempatan baharu

BAITULMAQDIS, 2 DIS – Menteri Pertahanan Israel semalam mengarahkan pegawai memulakan perancangan penempatan baharu Yahudi di bandar raya Hebron.

Pengumuman Naftali Bennett itu dilakukan ketika prospek pilihan raya ketiga sejak April lalu semakin ketara, dengan parti New Right yang dianggotai Bennett bergantung sepenuhnya kepada sokongan peneroka pada pilihan raya itu.

Kementerian Pertahanan berkata Bennett mengarahkan pelbagai jabatan yang bertanggungjawab di Tebing Barat yang dirampas Israel supaya memaklumkan majlis perbandaran Hebron supaya merancang penempatan baharu Yahudi di kompleks pasar borong.

Kawasan pasar itu terletak di Shuhada Street di Hebron yang menuju ke lokasi suci dipercayai makam Nabi Ibrahim.

Jalan itu ditutup kepada penduduk Palestin, yang sudah lama menuntut ia dibuka semula. – AFP