Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Israel robohkan rumah penyerang

    BAITULMAQDIS, 26 JULAI – Pasukan tentera Israel telah memusnahkan kediaman yang dipercayai dihuni oleh warga Palestin yang disyaki membunuh pegawai keselamatan Israel di kawasan penempatan West Bank pada April lalu.

    Kepulan asap dapat dilihat di tapak berkenaan ketika bangunan itu runtuh dalam satu letupan yang terkawal. Penduduk Palestin menaiki runtuhan itu selepas tentera pergi dan mengeluarkan barang-barang dari runtuhan tersebut.

    Pegawai keselamatan, Vyacheslav Golev, dibunuh dalam insiden tembakan di pintu masuk ke kawasan penempatan Yahudi di West Bank pada 29 April lalu. Kumpulan militan Palestin, Hamas dipercayai bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

    Tentera Israel kemudian menahan dua warga Palestin yang disyaki melakukan serangan berkenaan. Tentera itu berkata hari ini ia telah memusnahkan kediaman mereka di perkampungan utara West Bank, Qarawat Bani Hassan.

    Dalam satu kenyataan, pihak tentera berkata pasukannya berdepan tindakan keganasan, dengan bom api dan tayar terbakar dilemparkan ke arah mereka.

    Israel secara rutin merobohkan rumah penyerang Palestin yang dibunuh atau ditangkap kerana membunuh warga Israel, dengan mengatakan ia bertujuan sebagai satu ancaman terhadap penyerang masa depan. Penduduk Palestin dan kumpulan hak asasi manusia berkata perbuatan tersebut sama dengan hukuman kolektif. Tentera Israel melakukan serbuan hampir setiap hari di sepanjang West Bank selama berbulan-bulan berikutan serangan maut yang berterusan di mana penyerang Palestin telah membunuh 19 warga Israel.

    Pihak tentera berdepan dengan tentangan semasa menjalankan beberapa serbuan itu, yang mana ia berubah menjadi insiden buruk. Lebih dari 60 warga Palestin terbunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut kiraan rasmi Palestin. – AP

    Beberapa warga Palestin dilihat berada di tapak kejadian letupan yang memusnahkan kediaman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan pegawai keselamatan Israel. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...