Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Israel sekat rakyat Palestin ke Al-Aqsa

    ISTANBUL, 21 MAC – Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.

    “Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mej Jen Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun,” katanya.

    Pegawai Israel itu juga berkata ‘kelulusan keselamatan’ diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.

    Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan ‘kuota terhad’ untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.

    Ketegangan telah meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin. – Bernama

    Penduduk Palestin membersihkan tanah di perkarangan Masjid Al-Aqsa menjelang bulan suci Ramadan, di Kota Lama Baitulmaqdis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -