Israel serang bandar berhampiran Aleppo

DAMSYIK, 11 SEPT – Israel melancarkan serangan roket berhampiran bandar utama Utara Syria, Aleppo, awal hari ini menyebabkan tentera udara terpaksa bertindak, menurut laporan media Syria.

“Pada 1:30am (2230 GMT Khamis), tentera musuh Zionis melakukan serangan udara, menyasarkan luar bandar Aleppo dengan serangan agresif bedilan roket,” menurut agensi berita SANA.

Agensi berita tersebut tidak menyebutkan apa yang disasarkan tetapi berkata tentera udara telah ‘memintas hampir kesemua roket’.

Israel melakukan ratusan serangan udara dan roket ke Syria sejak tercetusnya perang saudara pada 2011, menyasarkan tentera Iran dan Hizbullah dan tentera kerajaan.

Tentera Israel jarang melakukan serangan individu tetapi mengesahkan pada 3 Ogos bahawa mereka telah menggunakan jet pejuang, serangan helikopter dan pesawat lainnya untuk menyerang sasaran tentera di selatan Syria. – AFP