Israel serang Gaza lagi

GAZA, 7 SEPT – Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza malam tadi
dengan mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap bebola api yang dilancarkan dari kawasan Palestin itu.

Mereka menuduh Hamas atas pelancaran bebola api itu dan serangan tentera Israel menyasarkan kemudahan milik kumpulan itu yang menguasai Semenanjung Gaza.

“Semalaman, jet-jet tempur Israel menyerang bengkel membuat roket Hamas serta kubu tentera Hamas di Khan Yunis.

”Serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran bebola api oleh Hamas ke kawasan Israel,” menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.

Saksi juga berkata tentera Israel menembak meriam ke arah bahagian utara Gaza.

Menurut sumber perubatan di kawasan Palestin itu, tiada orang yang terbunuh dalam serangan itu. – AFP