Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel serang kedudukan Hamas

    BAITULMAQDIS, 25 Okt – Pesawat Tentera Israel pada Khamis membedil kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza, sebagai tindakan balas serangan roket Palestin ke atas rejim zionis itu.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan roket itu, tentera Israel menuduh Hamas sebagai dalang.

    Jet pejuang Israel menyasarkan lapan kawasan milik Hamas, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan tentera.

    “Antara kawasan yang menjadi sasaran ialah pusat dan tapak membuat serta menyimpan senjata di selatan Semenanjung Gaza,” kata kenyataan itu.

    Sementara itu, Hamas dan Jihad Islam, satu lagi kumpulan utama di Gaza, menyalahkan kumpulan serpihan yang melancarkan serangan roket tersebut.

    Serangan tersebut sebagai cubaan mensabotaj usaha gencatan senjata oleh Mesir dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Ketegangan di Gaza memuncak sejak berlangsungnya perarakan pulang besar-besaran atau Great March of Return, menyaksikan sekurang-kurangnya 200 Palestin maut akibat ditembak tentera Israel sejak perarakan dilancarkan pada 30 Mac. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda