Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel tangguh pelan roboh kampung Badwi

    BAITULMAQDIS, 21 Okt – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah membekukan rancangan untuk merobohkan kampung Badwi di Tebing Barat yang telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa, menurut pejabatnya hari ini.

    “Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada rundingan dan tawaran diterima daripada badan berlainan, termasuk beberapa hari ini,” kata satu kenyataan daripada pejabat Netanyahu mengenai kampung Khan al-Ahmar.

    Namun bercakap kemudian sebelum mesyuarat dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Steven Mnuchin, Netanyahu nampaknya tidak mengheboh tindakan terbaru dan menegaskan kampung tersebut masih akan dirobohkan akhirnya.

    “Ia adalah dasar kami dan ia akan dilakukan,” kata beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda