Israel tembak jatuh dron dari Lubnan

BAITULMAQDIS, 7 OGOS – Tentera Israel berkata ia telah menembak jatuh sebuah dron semalaman yang datang dari Lubnan, sempadan yang diletak di bawah pengawasan ketat tentera disebabkan pertempuran baru-baru ini.

Tentera Israel ‘mengenal pasti sebuah dron yang menceroboh masuk ke ruang udara Israel di kawasan Gunung Hermon, di sepanjang ‘Garis Biru kawasan Israel’ yang memisahkan negeri Yahudi dan Lubnan, kata tentera.

“Dron dipantau dan ditembak jatuh,” katanya, menambah tentera Israel sedang menjalankan usaha mencari di kawasan tersebut.

Gunung Hermon ialah kubu strategik di kawasan persimpangan di antara Israel, Lubnan dan Syria.

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu AFP dron telah tiba dari Lubnan.

Kenyataan tentera berkata tentera “bersedia di kawasan utara dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pencabulan kedaulatan Israel.”

Ia tidak mendedahkan jenis dron, saiz ataupun siapa yang menghantarnya. – AFP