Israel terus mengganas

BAITULMAQDIS, 10 Mac – Pesawat pejuang Israel telah melancarkan serangan ke atas beberapa buah kawasan milik Hamas di Semenanjung Gaza hari ini selepas sebatang roket dilancarkan dari enklaf Palestin menuju ke negara Yahudi itu, menurut pihak tentera.

“Pesawat pejuang dan udara Israel telah melancarkan beberapa sasaran ketenteraan di sebuah kompaun Hamas di utara Semenanjung Gaza, mengenai dua buah kenderaan milik Hamas,” menurut kenyataan tentera Israel.

Serangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran sebatang roket dari Gaza pada malam semalam “dalam tambahan kepada keganasan berterusan yang datang dari Semenanjung Gaza,” ujar tentera.

Roket tersebut telah mengenai sebuah padang terbuka di rantau Eshkol, Israel dan tiada sebarang kematian atau kerosakan berlaku akibat serangan itu.

Penduduk Gaza telah melancarkan belon-belon yang membawa bahan letupan ke Israel dan meningkatkan percubaan mereka untuk merosakkan pagar sempadan pada setiap hari selama 10 hari sehingga mencetuskan tindak balas dari Israel. – AFP

Warga Palestin membersihkan kawasan yang menjadi sasaran serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP