Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Israel tutup kawasan berhampiran sempadan Gaza

    BAITULMAQDIS, 2 OGOS – Tentera Israel telah menutup kawasan berhampiran sempadan Gaza, berikutan penahanan dua anggota jihad Islam Palestin, menurut sumber tentera dan Palestin.

    Seorang remaja Palestin berumur 17 tahun telah ditembak mati oleh tentera Israel dalam serbuan pada lewat Isnin di Tebing Barat, Daerah Jenin.

    Pihak tentera berkata mereka bekerjasama dengan pihak polis menangkap “dua orang ‘pengganas’ yang diburu.”

    Seorang pengawal keselamatan Palestin yang tidak mahu didedahkan identitinya memberitahu AFP bahawa salah seorang yang ditangkap ialah Bassem al-Saadi, yang merupakan tokoh sayap politik jihad Islam di tebing barat. Sumber tersebut mengenal pasti individu kedua ditahan ialah menantu al-Saadi, pengumpul dana bagi kumpulan jihad yang berpangkalan di Jenin.

    Pihak tentera berkata, “Berikutan daripada penilaian situasi aktiviti ‘keganasan’ berkait kumpulan jihad Islam Palestin, mereka memutuskan untuk menyekat beberapa kawasan dan laluan bersebalahan pagar keselamatan di sepanjang Semenanjung Gaza. Kawasan itu disekat kepada orang awam disebabkan oleh ‘ancaman langsung’ dan bagi mengelakkan kemungkinan serangan terhadap orang awam.” – AFP

    Wanita Palestin meratapi jasad seorang remaja selepas ditembak oleh tentera Israel pada 1 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...