Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Israel umum hampir meterai perjanjian maritim dengan Lubnan

    BAITULMAQDIS, 11 OKT – Israel mengumumkan ia sudah hampir memeterai perjanjian ‘bersejarah’ dengan Lubnan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan di perairan Mediterranean yang kaya dengan rizab gas, susulan cadangan dirangka Amerika Syarikat (AS) yang memihak tuntutan Israel.

    Perjanjian antara dua negara berjiran yang masih berperang itu bakal memulakan langkah ke arah pengeluaran gas luar pesisir pantai antara kedua-dua negara.

    Rundingan bagi perjanjian telah diuruskan utusan AS, Amos Hochstein yang berusaha menyelesaikan tuntutan tersebut dengan menetapkan rangka syarat yang dicadangkan kepada Israel dan Lubnan awal bulan ini.

    Israel mengalu-alukan draf awal Hochstein, tetapi Lubnan meminta pindaan, namun Israel menolak perubahan Lubnan.

    Rundingan diteruskan sejak beberapa hari lalu, dan Israel berkata draf terbaru Hochstein membawa perjanjian dalam jangkauan.

    Penasihat Keselamatan Israel dan perunding utama rundingan itu, Eyal Hulata dalam kenyataan berkata, semua tuntutan Israel dipenuhi dengan perubahan diminta sudah diperbetulkan, selain memaklumkan pihaknya melindungi kepentingan keselamatan Israel dan sedang menuju ke perjanjian bersejarah.

    Sumber Lubnan berkata, draf terbaharu AS itu ‘kebanyakan mengandungi tuntutan atau jawatan dan memenuhinya’, selain Hochstein menghantar cadangannya kepada ketua perunding Lubnan, Timbalan Speaker, Elias Bou Saab, semalam, dengan pegawai tertinggi dijadualkan membincangkannya, hari ini.

    Negara itu menyambung semula rundingan mengenai sempadan maritim mereka pada 2020, tetapi prosesnya berdepan pelbagai sekatan berulang. – AFP

    Gambar dikeluarkan oleh jurugambar rasmi kerajaan Lubnan, Dalati Nohra, menunjukkan Presiden Lubnan, Michel Aoun (kiri) menerima draf akhir perjanjian sempadan maritim antara Lubnan dan Israel daripada Timbalan Perdana Menteri Lubnan, Elias Bou Saab yang mengetuai rundingan Lubnan-Israel, di Beirut, 11 Okt. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...