Israel umum sekatan pergerakan ketiga

BAITULMAQDIS, 24 DIS – Israel mengumumkan hari ini ia akan mengenakan sekatan pergerakan seluruh negara bermula minggu depan, yang ketiga semasa pandemik, beberapa hari selepas ia memulakan vaksinasi.

“Sekatan pergerakan umum akan dilaksanakan bermula jam 3 waktu tempatan pada Ahad selama dua minggu,” menurut kenyataan dari pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Adanya pilihan untuk melanjutkan sekatan pergerakan selama dua minggu lagi, sekiranya jumlah penghasilan semula asas (bagi virus) jatuh di bawah satu dan jumlah kes baharu sehari kurang di bawah 1,000.

Penduduk Israel akan ditegah daripada membuat perjalanan lebih dari 1km dari rumah mereka dan perniagaan-perniagaan akan ditutup kecuali bagi khidmat penghantaran.

Pengecualian akan dibuat bagi mereka yang membuat perjalanan untuk vaksinasi dan sekolah-sekolah akan dibuka sementara bagi beberapa kumpulan warga emas.

Perintah berkurung baharu itu muncul selepas peningkatan mendadak dalam kadar jangkitan sejak sekatan pergerakan terakhir pada September apabila kadar jangkitan per kapita antara yang paling tinggi di dunia.

Dalam penduduknya seramai sembilan juta itu, Israel kini mengesahkan 385,022 kes koronavirus dengan 3,150 daripadanya maut. – AFP