Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Israk Mikraj disambut 18 Februari

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada 18 Februari di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pukul 9 pagi.

Majlis yang membawa tema ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah’ itu adalah sempena memperingati kembali peristiwa bersejarah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Tahun ini, majlis tersebut dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Syarikat PDS Sdn Bhd, PaddyCo Sdn Bhd dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU.

Majlis itu juga akan diisikan dengan persembahan selawat, ceramah khas dan persembahan khas. Dalam pada itu, para jemputan, ahli jawatankuasa (AJK), para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti dinasihatkan untuk melakukan ujian ART di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART COVID-19 ke aplikasi BruHealth pada hari tersebut.

Selain itu, mereka juga dikehendaki menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi BruHealth kepada penyambut tetamu atau AJK yang bertugas dan mereka yang hadir digalakkan mensanitasi tangan.

Para jemputan juga diingatkan untuk mengelakkan daripada bersalam-salaman dan sentiasa melaksanakan penjarakan sosial mengikut SOP Kementerian Kesihatan.

Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesema, dan masalah pernafasan dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -