Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Israk Mikraj disemarak dengan ceramah khas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat (UKKM), Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam (UBD) seperti lazimnya, telah mengadakan Ceramah Khas dan Bengkel Kesempurnaan Solat setiap tahun di Universiti Brunei Darussalam bersempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj.

    Acara kemuncak bagi majlis itu iaitu Majlis Ceramah Khas yang berlangsung pada petang tadi secara maya yang mengetengahkan tentang ibadat solat yang bertajuk ‘Sembahyangku kerana Allah’, dan perkongsian ceramah ini telah disampaikan oleh Awang Muhd Yusuf bin Haji Abdul Majid.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

    Turut hadir ialah Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Awang Hitam selaku pengerusi jawatankuasa kerja majlis dan juga para pegawai utama UBD, warga UBD serta orang awam. Dengan kerjasama Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian, Persatuan Mahasiswa UBD dan juga Alumni Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian UBD, Bengkel Kesempurnaan Solat bagi tahun 1443H/2022M diadakan dalam dua sesi secara dalam talian melalui aplikasi Microsoft Teams, demi mematuhi langkah-langkah pengawalan COVID dan menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat.

    Bengkel sesi pertama telah diadakan pada 8 Februari lalu dengan membawa tajuk ‘Taddabur Rukun Kauli dalam Solat, Menghayati Isi Bacaan dalam Solat’ yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr Haji Harapandi Dahri.

    Naib canselor UBD bersama warga UBD semasa memeriahkan majlis tersebut dalam menyemarakkan lagi sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1443 Hijrah secara maya. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...