Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Iss Arffan sebak semasa rakaman

    Setelah muncul dengan Tiada Bernoktah, Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua Cinta Lenyap. Sebuah lagu cinta tentang harapan, keikhlasan hati yang akhirnya dipersiakan.

    Menurut Iss Arffan, Cinta Lenyap ini merupakan hasil nukilan darinya dan berdasarkan pengalaman yang pernah dialaminya sendiri.

    Lagu bergenre balada dengan naratif lirik yang terinspirasi dari kisah sebenar tentang percintaan seorang lelaki kelainan upaya pendengaran dan bisu sewaktu di bangku sekolah, yang mana pengakhir kisahnya telah ditinggalkan kerana kekurangannya.

    Menurut MAP Music, Iss Arffan benar-benar cuba menghayati sebaik mungkin melodi dan lirik Cinta Lenyap sewaktu rakaman.

    Malah dia juga turut merasakan sebak mengenangkan kisah dibalik lagu ini setelah membayangkan perasaan ditinggal kekasih semata-mata kerana beliau merupakan insan orang kelainan upaya (OKU).

    Cinta Lenyap bukan sekadar halwa telinga, malah sarat dengan pelbagai mesej, umpamanya bahana memberi harapan dan pedihnya setelah ditinggalkan, apatah lagi kerana kekurangan yang dialami sejak azali.

    Menurutnya, Cinta Lenyap telah disiarkan di platform digital dan streaming pada 15 Julai lepas, semoga cubaan kali ini mencapai jaya seperti diimpikan. – Agensi

    Menurut Iss Arffan, Cinta Lenyap ini merupakan hasil nukilan darinya dan berdasarkan pengalaman yang pernah dialaminya sendiri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...