ISS lancar operasi selaras orbit stesen

WASHINGTON, 23 SEPT – Angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menjalankan ‘operasi pengelakan’ semalam untuk memastikan mereka tidak dilanggar oleh serpihan, kata agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) NASA, menggesa pengurusan yang lebih baik objek dalam orbit Bumi.

Pengawal penerbangan Rusia dan AS bekerjasama semasa operasi dua setengah minit untuk menyelaraskan orbit stesen dan memindahkannya lebih jauh untuk mengelak daripada pelanggaran.

Serpihan-serpihan bergerak dalam jarak 1.4 kilometer dari ISS, kata NASA.

Tiga anggota kru – dua warga Rusia dan seorang warga Amerika – ditempatkan berhampiran kapal angkasa lepas Soyuz mereka apabila operasi bermula supaya mereka boleh berpindah jika perlu, kata NASA, menambah langkah berjaga-jaga diambil ‘dengan penuh hati-hati.’

Angkasawan berjaya kembali kepada aktiviti biasa mereka selepas prosedur itu, menurut NASA.

Serpihan tersebut sebenarnya sekeping roket Jepun tahun 2018, kata angkasawan Jonathan McDowell di Twitter. Roket itu berpecah kepada 77 bahagian berlainan pada tahun lalu. – AFP