ISS wakaf kamera CCTV untuk surau

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal, kelmarin, telah menerima sumbangan wakaf berupa empat kamera keselamatan CCTV daripada Syarikat Intelligent Security Solution (ISS).

Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Syarikat ISS, Brian Liew dan diterima oleh ketua imam, Awang Mohd Helmy bin Haji Jamil bagi pihak surau berkenaan.

Sumbangan wakaf berkenaan dihasratkan akan dapat meningkatkan lagi keselamatan untuk menjaga harta benda di kawasan luar dan dalam surau berkenaan.

Pihak surau juga mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan yang mana telah berkesudian memberikan sumbangan berkenaan untuk kemudahan dan keselamatan surau serta jemaahnya.

Brian Liew ketika menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Mohd Helmy.