Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istana Buckingham: Tiada apa yang membimbangkan

    LONDON, 4 Mei – ‘Tidak ada yang membimbangkan’ tentang kesihatan Ratu Elizabeth II (gambar) dan suaminya, selepas mesyuarat kakitangan diraja mencetuskan spekulasi yang kegila-gilaan, satu sumber memberitahu wartawan hari ini.

    Krew televisyen pergi ke Buckingham Palace pada waktu subuh selepas laporan akhbar tentang mesyuarat kakitangan ‘yang begitu luar biasa’ mengundang spekulasi pengumuman diraja pasti akan berlaku. Pihak istana pula enggan mengulas.

    Sumber yang boleh dipercayai mengesahkan bahawa kakitangan dari seluruh negara telah dipanggil ke istana bagi satu mesyuarat hari ini tetapi menegaskan: “Tidak ada yang membimbangkan.”

    Sementara mesyuarat seumpama luar biasa, ia bukan tidak pernah berlaku dan boleh berlaku beberapa kali dalam setahun.

    Laporan Daily Mail telah mencetuskan spekulasi sejagat tentang kesihatan Baginda Ratu yang berusia 91 tahun dan suaminya Putera Philip yang akan menyambut hari keputeraan ke-96 pada Jun nanti.

    Beberapa orang pemerhati diraja yang ingin tahu menyertai lebih 12 kamera di luar pagar istana kediaman Baginda Ratu di London.

    “Saudara sepupu saya menghubungi saya dari LA dan dia berkata ada sesuatu sedang berlaku di istana,” menurut aktres AS Kim Tatum, 40 tahun.

    Baginda Ratu pulang ke London semalam selepas menghabiskan cuti Easter di Windsor Castle.

    Baginda telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Theresa May pada sebelah tengah hari untuk menandakan pembubaran parlimen sebelum pilihan raya awal pada 8 Jun.

    Suaminya Putera Philip telah merasmikan tempat duduk baru di padang kriket Lord’s. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda