Istana Kaiser terbakar

BERLIN, 8 APRIL – Satu kebakaran meletus hari ini di tengah tapak Berlin tempat istana kerabat diraja Jerman sedang dalam pembinaan, namun ia berjaya dikawal.

Kira-kira 80 anggota bomba bertindak balas terhadap panggilan dari Forum Humboldt di istana Stadtschloss yang sedang dibina, kata perkhidmatan bomba Berlin.

Kebakaran telah meletus di tingkat atas bangunan besar di daerah muzium ibu negara.
Anggota bomba berkata bahan pembinaan dan dua jentera tar telah terbakar, mencederakan seorang yang perlu dirawat oleh pegawai paramedik.

Masih tidak jelas punca kebakaran tersebut.

Terletak di tapak yang sama sejak abad ke-15 dan tempat tinggal kepada kerabat diraja Prussia Hohenzollern, Stadtschloss dirobohkan oleh kerajaan komunis Jerman Timur pada 1950 setelah dirosakkan dalam pengeboman Perang Dunia Kedua.

Di bawah pembinaan sejak 2013, struktur baharu dengan wajah baharu dan bahagian dalam yang moden itu dijangka dibuka pada musim panas sebagai pusat kebudayaan dan penyelidikan. – AFP

Sebuah jentera bomba dilihat berhampiran laluan di tingkat bawah bangunan baharu Istana Bandar Berlin setelah kebakaran meletus di tapak pembinaan kelmarin. – AFP