Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Istana Windsor dibuka semula

    LONDON, 29 SEPT – Ratusan peminat diraja berbaris di luar Istana Windsor untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II ketika gereja kecil di mana mendiang ratu disemadikan dibuka semula kepada orang ramai buat pertama kali sejak kemangkatan baginda.

    Sijil kemangkatan Ratu Elizabeth mengatakan baginda mangkat kerana usia tua. Sijil itu, dikeluarkan oleh Rekod Kebangsaan Scotland hari ini, mencatat Elizabeth mangkat di Istana Balmoral di Ballater, Scotland pada 8 September, jam 3:10 petang. Dokumen itu ditandatangani oleh Puteri Anne.

    Ramai ingin mengunjungi makam pemerintah monarki paling lama di Britain. Ia ditandai dengan biduk marmar hitam Belgium yang diukir tangan dalam Chapel Raja George VI, sebahagian daripada Gereja Kecil St George di Istana Windsor.

    Nama Elizabeth II diukir di batu lejar bertatahkan abjad loyang, bersama nama suami, ibunda dan ayahanda baginda. – AP

    Band Grenadier Guards mengadakan persembahan di luar Istana Windsor di Windsor kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...