Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istanbul tuan rumah final Liga Juara-Juara 2020

    KIEV, 25 Mei – Stadium Olimpik Ataturk Istanbul akan menjadi tuan rumah dalam final Liga Juara-juara 2020, menurut Presiden UEFA, Aleksander Ceferin di Kiev, semalam.

    Stadium yang boleh menampung seramai 76,000 penonton bakal menjadi stadium yang menyaksikan kebangkitan Liverpool daripada 0-3 untuk menjuarai Liga Juara-juara menerusi tendangan penalti ke atas AC Milan pada 2005.

    Final Piala Europa 2020 pula akan diadakan di Gdansk, Poland bersama Piala Super UEFA akan diadakan di Porto Estadio Dragao. Manakala, Vienna akan menjadi tuan rumah bagi final Liga Juara-juara wanita 2020.

    UEFA telah berdepan dengan tekanan bagi memastikan bandar tuan rumah selepas ini mempunyai kemudahan hotel dan lapangan terbang untuk menampung kemasukan peminat, delegasi dan media bagi perlawanan terhebat dalam bola sepak peringkat kelab.

    Ceferin ketika berucap semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Kiev, kelmarin. – AFP

    Liverpool telah mengajukan aduan kepada UEFA selepas peminat mereka berdepan masalah penginapan dan kos pengangkutan bagi pertemuan final berdepan juara bertahan Real Madrid di Kiev, bandar yang turut menjadi penganjur final Euro enam tahun lalu.

    “Mereka tidak mempunyai kemudahan lapangan terbang dan hotel yang mampu menampung jumlah pengunjung untuk berdepan kejohanan sebesar ini dan tiada bandar utama yang berdekatan dengannya,” kata Ketua Eksekutif Liverpool Peter Moore kepada akhbar Liverpool Echo.

    “Ia bukan saja menjejaskan peminat Liverpool malah juga peminat Real Madrid. Ada sesuatu yang kami pelajari dari sini dan kami sudah membawanya ke pengetahuan UEFA.”

    Presiden UEFA memperkenalkan semula proses tender bagi membida untuk final sejak mengambil alih daripada Michel Platini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda