Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Isteri Aizat Amdan terkilan dilempar fitnah

-

Memilih penyanyi popular, Aizat Amdan, 33, sebagai suami, Elyssa Alia Ilias, 34, turut terkena tempias apabila menerima ejekan tubuh dan tohmahan tidak sepatutnya.

Terkilan dengan fitnah dilemparkan, Elyssa berkata, dia terbuka menerima teguran, namun, mengingatkan warganet jangan bersikap biadab hingga mengheret ibu bapanya.

“Saya tak kisah warganet nak tegur perangai atau wajah saya, tetapi jangan sentuh soal tubuh badan.

“Bagi saya, kita tak boleh menghakimi seseorang dari segi pakaian.

“Saya juga berharap apabila bertemu Aizat, jangan tegur badannya sudah berisi. Tiada sesiapa suka mendengar teguran seperti ini. Mungkin ia tidak terkesan bagi anda, tetapi kita tak tahu penerimaan orang lain. Jujurnya, saya terkejut apabila terima teguran mengenai tubuh badan saya,” katanya kepada wartawan.

Elyssa berkata dia terbuka menerima teguran namun mengingatkan warganet jangan bersikap biadab hingga mengheret ibu bapanya. – Agensi

Bagi Elyssa, setiap wanita tidak adil dihakimi menerusi luaran, justeru, teguran mengenai penampilan disifatkan sebagai satu perkara biadab.

“Bagi saya, semua wanita ada penampilan tersendiri, jadi, mengapa perlu menjadikan tubuh badan sebagai isu.

“Saya tak kisah jika tak suka kerana tidak pernah memaksa seseorang menyukai saya. Namun, jangan memberikan komen biadab dalam laman Instagram saya, itu tidak adil.

“Jika tak senang melihat apa yang saya pakai, jangan tengok. Jangan mengatakan benda menyakitkan hati sampai mengaitkan ibu bapa saya,” katanya.

Elyssa berkata, dia kecewa apabila segelintir warganet menuduh bapanya tidak mengajar solat disebabkan pernah mengeluarkan kenyataan tertarik hati ketika Aizat menjadi imam. – Agensi

Artikel sebelum iniOPKEMAS denda 6 syarikat
Artikel seterusnyaBagnaia juara MotoGP Austria
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -