Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Isteri Ayie Floor88 hampir nangis, mengidam kuih raya

    Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam waktu tempatan.

    Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa memberanikan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.

    “Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya hendak makan kuih raya. Memang susah kena mencari… tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

    “Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tidak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya kepada mStar.

    Sebelum itu menerusi Instagram, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada malam kelmarin.

    Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam. – Agensi

    Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

    “Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula.

    Kebanyakan penjual tidak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tidak laki aku jadi mangsa.

    “Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di Instastory.

    Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...