Isteri Da’i Farhan kini hamil 

Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Nik Ahmad Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin berkongsi berita bahawa dirinya kini berbadan dua.

Erin menerusi Instagram memberitahu, pada mulanya dia menyangka rasa mual yang dialami berikutan sedang berpuasa.

Bagaimanapun, dia membuat ujian kehamilan selepas ditegur oleh seorang pekerja stesen minyak.

“Dah lima tahun tak pernah fikir nak cari benda ini. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa tapi bila adik petrol pum tegur ‘akak ok ke nampak macam tak ok saja. Ntah-ntah berisi kot, maklumlah memang musim dia’.

“Terus gelabah. Pagi ini pergi cari juga benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila dia bagi dua calit kat situ. Alhamdulillah, rezeki Ramadan dan Covid-19.

“Terima kasih bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ya. Mungkin terlalu awak untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini. Minta maaf tau,” tulisnya.

Pemilik nama Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, itu turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukan dua tanda bermaksud hamil.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Sebelum ini, perkahwinan Nik Farhan dan Erin mencetus kontroversi apabila juara program Da’i itu mendedahkan dia sudah menikahi seorang janda anak lapan di Mekah pada November tahun lalu. – Agensi

Erin meluahkan rasa teruja apabila dirinya kini sedang hamil. –Agensi