Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF – Abang Johari

    KUCHING, 7 JUN – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengakui tindakannya menaiki pesawat tanpa pemandu yang dikuasakan bahan api penerbangan mampan (SAF) dari sini ke Langkawi baru-baru ini, mendapat tentangan daripada isterinya, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

    Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu yang menggunakan SAF yang berasaskan mikroalga dan pengeluarannya masih dalam percubaan.

    “Sudah tentu isteri saya tidak menggalakkan saya pergi kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi apa pun yang berlaku, saya serahkan kepada Tuhan,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Antarabangsa 2023 di sini.

    Menurutnya semasa penerbangan itu beliau berkesempatan meninjau dek penerbangan pesawat dan terkejut kerana tiada peranti untuk mengoperasikan pesawat Airbus generasi terbaharu itu secara manual.

    “Tiada apa-apa. Semua dilakukan menggunakan butang (suis). Pesawat berlepas sendiri…maksudnya tanpa pemandu. (Pesawat) juga mendarat dengan sendiri,” katanya.

    Keadaan ruang juruterbang Pesawat Airbus A220 yang dikuasakan dengan campuran 10 peratus SAF ketika sesi lawatan penerbangan demonstrasi sempena Pameran LIMA’23 pada 23 Mei lalu. – Bernama
    Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat model pemprosesan hidrogen ketika melawat tapak pameran pada perasmian Green Energy Symposium (GESS) 2023 & Solar Testbed di Centexs. – Bernama

    Abang Johari berkata beliau telah bertanya kepada juruterbang tentang bagaimana mereka menangani situasi jika ada sesuatu tidak kena berlaku pada pesawat itu.

    “Mereka (juruterbang) berkata ia akan diambil alih oleh satu lagi sistem dalam pesawat itu. Kemudian pesawat akan selamat…awda juga akan selamat,” katanya.

    Menurutnya pesawat tanpa pemandu berkenaan bergerak melepasi pesawat lain selepas diberi keutamaan mendarat di pulau peranginan itu, sebelum beliau terlibat dalam beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) baru-baru ini.

    Abang Johari berkata pengalaman yang dilaluinya itu membuatkan beliau terfikir bahawa SAF dan pembangunan penerbangan tanpa pemandu akan menjadi pengubah keadaan dalam industri penerbangan dengan Sarawak boleh memainkan peranan penting.

    Beliau berkata sumber semula jadi yang banyak dimiliki Sarawak boleh digunakan untuk menjana pengelua-ran tenaga hijau, dengan setakat ini negeri itu telah berjaya dalam pengeluaran tenaga solar dan hidroelektrik, dengan kuasa angin dan mikroalga.

    “Yang terbaru menghasilkan tenaga (bahan api) untuk pesawat menggunakan mikroalga. Melalui teknologi ini dan penyelesaian digital bagi menghasilkan hidrogen, bahan api penerbangan mampan dan ba-nyak lagi, saya fikir kita boleh mencari penyelesaian alternatif kepada persoalan (mencari sumber baharu) tenaga,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...