Ketika peminat bimbang melihat keadaan penyanyi Justin Bieber yang tidak terurus, isterinya pula mendedahkan sedang menderita masalah ketumbuhan pada bahagian sistem peranakan.
Hailey, 28, berkata, terdapat dua ketumbuhan pada bahagian ovarinya yang menyebabkan perutnya kelihatan besar seperti sedang hamil, menurut laporan mStar.
Malah Hailey turut memuat naik foto yang jelas memperlihatkan perutnya semakin membesar di Instagram sebagai bukti.
“Ketika ini saya sedang berdepan masalah ketumbuhan pada bahagian ovari. Jika awda mengalami masalah sama, awda tidak keseorangan,” katanya.
Masalah itu bukan perkara baru buat Hailey malah pernah berdepan ketumbuhan sama pada 2022 sehingga ramai menyangka dia sedang hamil.
Kata Hailey, saiz ketumbuhan tersebut sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu sehingga diberitahu tentang perubahan pada bentuk badannya.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai perkahwinan Justin dan Hailey yang didakwa berada di ambang kehancuran.
Pada awal Januari, Justin dilaporkan telah menyahikut Hailey di Instagram namun memberitahu bahawa akaun miliknya telah digodam.
Tidak hanya itu, penampilan Justin yang tak terurus seakan-akan membenarkan khabar angin tentang masalah rumah tangga mereka. – Agensi
