Isteri Justin like gambar Selena

Model Hailey Baldwin yang juga isteri kepada penyanyi Justin Bieber ‘dikantoikan’ memberi tanda suka atau like pada foto yang memperlihatkan bekas kekasih suaminya, Selena Gomez.

Menerusi foto yang dimuat naik rakannya Raquelle Stevens, kelihatan Selena Gomez, Ashley Cook dan Courtney Lopez hadir sebagai tetamu di sebuah set penggambaran. Ia adalah sebuah program bicara yang bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri bertajuk Giving Back Generation.

Ini bukan kali pertama Hailey menunjukkan sokongannya kepada Selena di media sosial kerana tahun lalu dia juga pernah mengikuti laman sosial Instagram bagi peminat-peminat Selena. Meskipun selama ini dia selalu difitnah kerana dianggap ‘merebut’ Bieber, namun Hailey masih menunjukkan sokongan pada Selena sebagai wanita.

Sehingga kini nama Selena masih lagi dikaitkan dengan mereka biarpun pasangan itu sudah berkahwin sejak September tahun lalu. Sebelum ini, Selena dikatakan mengalami kemurungan disebabkan tidak dapat menerima hakikat apabila Bieber berkahwin dengan model berusia 21 tahun itu. – Agensi

Ini bukan kali pertama Hailey menunjukkan sokongannya kepada Selena di media sosial. – Agensi