Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Isteri Mohd Mentor dipuji kembar Nora Danish

    Ramai memuji wajah isteri kepada penyanyi Mohd Mentor iaitu Nurul Asyiqin Zaidi kerana dikatakan seiras pelakon cantik, Nora Danish.

    Gara-gara memiliki rupa paras mirip aktres berkenaan, Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan Mohd Nor, 34, mendedahkan isterinya itu menerima tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi, baru-baru ini.

    “Saya tak pernah sorok isteri, selalu sahaja tunjuk kehidupan kami di Instagram, cuma mungkin follower  tak ramai jadi orang tidak perasan.

    “Sejujurnya saya pun tidak berapa hendak galakkan sebab nanti dia akan sibuk dan tak ada masa, bimbang anak kami terbiar. Nanti kalau pembantu rumah yang jaga anak pun susah juga,” katanya kepada media.

    Bekas peserta program nyanyian Mentor musim keempat ini ditemui semasa pelancaran restoran miliknya, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mohd mendirikan rumah tangga dengan Nurul Asyiqin, 29, pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Izz Rafael Mohd Izwan berusia tiga tahun.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala ini berkata dia mengizinkan isterinya terus aktif menerusi media sosial lainseperti Instagram dan TikTok.

    “Saya tak ada masalah kalau isteri aktif menggunakan media sosial sebab itu pun satu cabang untuk jana pendapatan melalui ulasan produk yang diterima.

    Empat tahun melayari alam perkahwinan, Mohd berkata dia dan isteri kini sudah bersedia untuk menimang anak kedua. – Agensi

    Ramai memuji wajah isteri kepada penyanyi Mohd Mentor iaitu Nurul Asyiqin Zaidi kerana dikatakan seiras Nora Danish. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...