Isteri PM Armenia jalani latihan tentera

YEREVAN, 27 OKT – Isteri Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan hari ini memulakan latihan tentera tatkala pertempuran dengan Azerbaijan berhubung rantau Nagorno-Karabakh memasuki bulan kedua.

“Sebuah kumpulan terdiri daripada 13 wanita, termasuk diri saya, akan memulakan latihan tentera,” tulis Anna Hakobyan, 42, di laman Facebook.

“Dalam beberapa hari lagi, kami akan bertolak untuk membantu dengan usaha perlindungan sempadan kami.

“Tanah air dan maruah kami tidak akan diserahkan kepada musuh,” tambah Hakobyan, yang bekerja sebagai editor akhbar.

Ia akan menjadi latihan tentera kedua Hakobyan sejak Ogos apabila beliau dan sekumpulan wanita dar Karabakh menjalani kursus tujuh hari yang memaparkan latihan fizikal dan senjata.

Armenia dan Azerbaijan telah dibelenggu dalam konflik selama tiga dekad berhubung wilayah Karabakh, yang berpisah dari Baku dalam perang 1990 yang membunuh 30,000 orang.

Pada 27 September, pertempuran sengit meletus sekali lagi berhubung isu Karabakh, mencetu

Penduduk Armenia Lubnan menunjuk perasaan kelmarin di luar kedutaan Turki di Rabieh, pinggir bandar Beirut untuk membantah pertempuran di antara tentera Armenia dan Azerbaijan berhubung rantau Nagorno-Karabakh. – AFP

skan dakwaan jenayah perang dan meninggalkan ratusan maut.

Pashinyan berkata situasi di barisan depan adalah ‘amat serius’ dan menggesa warga Armenia mengambil senjata untuk berperang. – AFP