Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Raffi Ahmad pilih bersalin secara pembedahan

    Usia kehamilan isteri kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina kini sudah memasuki trimester ketiga dan pasangan itu dikatakan tidak sabar untuk menyambut cahaya mata kedua mereka itu.

    Memetik laporan Liputan 6, Raffi memberitahu isterinya memilih untuk melahirkan zuriat kedua mereka secara pembedahan seperti kelahiran anak pertama.

    “Dia mahu melahirkan secara pembedahan,” kata Raffi menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube.

    Raffi memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan isterinya asalkan proses kelahiran itu berjalan dengan selamat.

    “Saya sendiri tidak faham kenapa dia mahu seperti itu, tapi tak mengapalah kerana yang terpenting anak dan ibunya selamat dan sihat,” katanya.

    Raffi Ahmad dan Nagita bersama anak mereka, Rafathar. – Agensi

    Pada masa sama, Raffi turut memberitahu buat masa ini dia dan isterinya sedang membuat persiapan dan memilih tarikh yang sesuai untuk isterinya melahirkan anak damit mereka.

    “Adik Rafathar akan lahir dua bulan sahaja lagi. Doktor jangka waktu melahirkan akhir November atau awal Disember.

    “Tapi Nagita memilih untuk lahirkan anak damit pada November, jadi kami sedang pilih tarikhnya,” katanya.

    April lalu, Raffi mengumumkan bahawa isterinya hamil anak kedua selepas enam tahun menanti.

    Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka sudah dikurniakan putera pertama bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda