Wednesday, November 13, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isteri Raja Afiq tinggal karier polis jadi pramugari

    Isteri kepada pelakon Raja Afiq menjelaskan keputusan meninggalkan karier sebagai anggota polis kerana sudah 15 tahun berkhidmat dan merasakan sudah tiba masa melakukan perkara lain.

    Soffwany Yusoff, 35, dia memilih pekerjaan sebagai pramugari kerana ia cita-citanya sejak kecil selain yakin dapat menggunakan pengalaman sebagai anggota pemerhati udara Subang berpangkat Korperal dalam tugasnya di awan biru.

    “Saya berhenti bukan sebab nak jadi pramugari tapi sebab sudah lama sangat dalam PDRM.

    “Tapi saya memang bercita-cita nak jadi pramugari sejak kecil tapi peluang tiada sebab jauh nak pergi temu duga memandangkan saya dulu menetap di Taiping, Perak.

    “Manakala kebanyakan temuduga pula dibuat di Kuala Lumpur.

    Raja Afiq sokong sepenuhnya isteri menjadi pramugari. – mStar

    “Kebetulan sebelum berhenti saya memang dalam unit udara… Jadi selepas berhenti itu, terfikir alang-alang ada asas kenapa tak cuba sertai mana-mana syarikat penerbangan,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

    Soffwany sebelum ini ada berkongsi foto memperlihatkan dia berjaya menamatkan latihan sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan.

    Dalam pada itu, Soffwany memberitahu Raja Afiq tidak menghalang keputusannya itu sebaliknya menyokong penuh dia mengejar impian.

    Malah katanya, selain mendapat tawaran daripada Malaysia Airlines (MAS), dia juga ditawarkan bekerja dengan syarikat penerbangan antarabangsa iaitu Singapore Airlines (SIA).

    “Tak sangka dua-dua ‘sangkut’ dan selepas berbincang dengan suami kami ambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan menerima tawaran daripada MAS,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda