Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Isteri Shuk Sahar ingin buka ‘buku baru’

    Perkongsian isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di TikTok yang mendedahkan mesej dan panggilan telefon seorang lelaki dipercayai pelawak itu menarik perhatian warganet.

    Rata-rata warganet menasihatkan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah agar tidak termakan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baharu.

    “Tolonglah jangan terima balik, jangan seksa perasaan sendiri,” tulis beberapa warganet.

    Bagaimanapun, Sera yang dihubungi wartawan memberitahu perkongsian tersebut hanyalah video pesanan buat para isteri dan wanita di luar sana agar terus kuat berdepan dugaan.

    Kata Sera, dia mahu menasihati wanita senasib dengannya agar meneruskan kehidupan baharu dengan anak-anak selepas berdepan dengan ujian.

    Rossa Sera mendedahkan mesej dan panggilan telefon seorang lelaki dipercayai pelawak itu menarik perhatian warganet. – Agensi

    “Sebenarnya itu sekadar video nasihat untuk para isteri dan wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yang kita perlu teruskan hidup walau apa yang berlaku.

    “Kita perlu buka buku baru untuk mulakan kehidupan baharu bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” kata Sera.

    Menerusi penulisan dalam video tersebut, Sera seakan-akan menggambarkan kehidupan yang baharu dibina itu diganggu oleh seseorang yang menyedari kehilangannya.

    Malah paparan skrin di platform Whatsapp itu memperlihatkan seorang lelaki mesej dan membuat panggilan tanpa henti hanya untuk mendapatkan perhatian.

    Dalam pada itu, warganet turut tertarik dengan penampilan Sera yang kelihatan lebih langsing dan rata-rata mereka menganggap perubahan itu disebabkan makan hati angkara tindakan suaminya beberapa kali berlaku curang.

    “Kalau ikutkan patah hati, sepatutnya dari dulu lagi saya dah boleh kurus. Sudah bertahun menahan rasa.

    “Sekarang barulah saya ada kekuatan dan rezeki lebih untuk mencantikkan diri sendiri. Produk kecantikan tu pun bukan sekadar promosi, tapi saya adalah testimoni yang sebenar.

    “Saya dah amalkan dari bulan Disember tahun lalu lagi. Alhamdulillah Sera berjaya turunkan 11 kilogram. Yang pasti, bukan sebab patah hati,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...