Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Isteri Zul terkena sihir?

    Siapa sangka di sebalik khabar gembira perkahwinan pasangan penyanyi Zul (2 by 2) dan Intan Maya pada 22 Februari lalu rupa-rupanya tersembunyi pelbagai dugaan dan rintangan.

    Paling menakutkan apabila Maya, 39, diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan guna-guna atau ilmu hitam yang didorong perasaan dengki.

    Cerita Maya, dia mengalami sesak nafas dan beberapa peristiwa pelik sehingga hatinya berbolak-balik untuk meneruskan hasrat berkahwin dengan Zul atau Zulkefli Majid, 50.

    “Saya rasa sesak nafas, kaki jadi sakit dan kepala terasa amat berat. Sehinggakan ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul.

    “Saya juga ada beritahu kepadanya untuk membatalkan pernikahan.

    Zul juga banyak memberi semangat kepada Maya untuk melawan sakit akibat sihir. – Agensi

    “Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu memberontak,” katanya.

    Tambah Maya, dugaan berkenaan berlaku kira-kira tiga minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

    “Mujur ada teman-teman rapat yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya lawan perasaan itu.

    “Syukur selepas bernikah semuanya hilang dan saya sekarang dalam proses untuk memulihkan diri,” katanya.

    Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalaman berkenaan, Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls berkata, dia juga sering mengalami mimpi pelik tentang seseorang di tepi kubur.

    Malah, dia turut mengalami masalah tidur dan hanya boleh terbaring dalam keadaan tegak seperti jenazah.

    “Saya pernah bermimpi melihat seseorang yang rupanya agak pelik di tepi kubur.

    “Selain itu saya juga susah untuk tidur, tidak boleh mengiring atau dalam posisi lain. Hanya terbaring seperti jenazah dengan tangan di dada. Mungkin dia mahu saya mati,” terangnya.

    Bimbang keadaan menjadi lebih parah, Maya berkata dia cuba berubat dan menjalani rawatan perubatan Islam.

    Bukan itu sahaja, dia juga kerap bermimpi wajah seseorang selepas menunaikan solat hajat meminta diberikan petunjuk.

    “Sekarang ini ada masa saya rasa jiwa masih kosong. Saya hanya kuatkan semangat dan terus berdoa dijauhkan daripada sebarang unsur sihir lagi,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...