PUTRAJAYA, 27 JUN – Keupayaan kerajaan untuk berbelanja lebih untuk program kebajikan rakyat telah terjejas oleh kekangan kewangan disebabkan kerugian dialami 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes berkaitan rasuah yang lain, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Kerajaan mahu berbelanja lebih tetapi akhirnya, isu yang diwarisi seperti 1MDB adalah sesuatu yang kami perlu uruskan.
“Tiada negara yang kerugian RM150 bilion tanpa terjejas olehnya,” katanya pada mesyuarat Konsultasi Bajet 2020 di sini, hari ini.
Kerajaan, menurutnya berharap untuk mencapai pertumbuhan lima peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, dan menurutnya ia akan mengambil masa tiga tahun untuk Malaysia kembali di landasan selepas mengalami kerugian akibat hutang 1MDB. – Bernama