Isu anak-anak terasa hati, Krisdayanti tak tahu apa-apa

Isu terasa hati Aurel dan Azriel terhadap ibu mereka penyanyi Krisdayanti menjadi semakin panas apabila bapa tiri, Raul Lemos dituduh campur tangan dalam hal itu.

Sikap Raul yang sering sindir-menyindir di laman sosial membuatkan Aurel dan Azriel Hermansyah tertekan sehingga terpaksa mendapatkan nasihat pakar psikologi.

Sementara itu, enggan meneruskan isu berpanjangan Krisdayanti menerusi Instagramnya meminta netizen untuk tidak melibatkan Raul dalam perselisihan faham tersebut.

Penyanyi lagu Menghitung Hari ini turut membuat penjelasan mengenai spekulasi berkenaan dia tidak pernah membalas pesanan yang dihantar Aurel menerusi aplikasi WhatsApp.

“Dalam kesempatan ini saya ingin menjelaskan berita yang tersebar bahawa saya tidak membalas pesanan yang dihantar anak saya sama sekali tidak benar. Sebaliknya saya merasa gembira mendapat pesanan daripada mereka dan sebaik sahaja saya membaca, saya akan segera balas,” tulisnya.

Krisdayanti akui pernah buat kesilapan dan berharap anak-anaknya dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu. – Agensi

Isu tercetus selepas Aurel melahirkan rasa terkilan apabila ucapan ‘Selamat Hari Raya’ yang ditulis di laman sosial ibunya tidak dibalas.

Krisdayanti kemudian memuat naik paparan skrin perbualan bersama Aurel di aplikasi WhatsApp sebagai bukti dia tidak mengabaikan mesej anaknya itu.

Bagaimanapun, anak lelakinya, Azriel berasa kurang senang dengan tindakan ibunya itu yang mempersoalkan permasalahan keluarga dikongsi di media sosial. Dalam pada itu, menerusi entri tersebut, penyanyi itu turut meminta netizen untuk tidak membabitkan suaminya dalam hal ini.

“Saya meminta agar netizen yang tidak memahami masalah ini untuk tidak salah faham dan mencari kebenaran dengan teliti agar tidak membabitkan orang lain (suami saya) yang tidak tahu apa-apa apatah lagi hubungan saya dengan anak-anak saya,” ujarnya.

Kridsayanti berkata, biarpun dia pernah melakukan kesalahan, namun berharap anak-anaknya tidak mengulangi kesalahan itu dan mengambil dari sudut positif.

“Sebagai manusia, saya pernah melakukan kesalahan tapi saya berharap anak-anak saya dapat mengambil sedikit sisi positif dari saya dan bercakap tentang kebenaran.

“Mohon maaf tulus dari hati saya jika ada yang tersinggung dan terima kasih atas perhatian anda,” katanya. – Agensi