Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Isu anak damit terbiar di Korea Selatan perlu dikekang

SEOUL – Wanita muda yang telah bersalin, melintasi dinding-dinding berhias menuju sebuah bilik penjagaan kanak-kanak, bersama dengan anak perempuannya di pangkuannnya. Kemudian membuka kotak yang berada di dinding, dan meletakkannya di dalam, berpaling dan berjalan pergi.

Dia berlari darinya dan tidak menoleh ke belakang, menurut rakaman kamera pengawasan yang disiarkan. Dia mungkin tidak akan melihat anak perempuannya lagi. Korea Selatan telah bangkit dari kemusnahan peperangan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di Asia dan salah sebuah negara ahli dalam kelab OECD di negara-negara maju.

Ia juga salah sebuah sumber negara terbesar dunia dalam pembuangan anak damit dan kanak-kanak, yang mana disebabkan oleh kemiskinan, pengawal seliaan yang rendah, dan budaya diskriminasi, aliran keturunan keluarga, dan rasa malu.

Sekitar 110,000 warga Korea Selatan telah dijadikan sebagai anak angkat ke Amerika Syarikat sahaja sejak tahun 1950-an tetapi jumlah tersebut telah menurun dalam beberapa tahun kebelakangan. Kadar kelahiran juga telah menjunam ke tahap paling rendah di dunia dengan faktor-faktor seperti kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi dan budaya kerja yang mempengaruhi keadaan.

Tetapi bilangan anak damit yang dibiarkan begitu sahaja telah melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kewujudan sebuah undang-undang yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak. Kini, banyak perubahan telah dicadangkan, atas perkara-perkara yang sama, di mana para pengempen mengatakan yang ianya boleh mengubah keadaan untuk bertambah lebih buruk lagi.

 Jusarang Community Church yang mengendalikan ‘kotak anak damit’, sebuah kotak kawalan suhu yang dibina ke dalam dinding rumah dua tingkat yang telah diubah menjadi tempat perlindungan untuk anak damit yang ditinggalkan di selatan Seoul. - AFP
Jusarang Community Church yang mengendalikan ‘kotak anak damit’, sebuah kotak kawalan suhu yang dibina ke dalam dinding rumah dua tingkat yang telah diubah menjadi tempat perlindungan untuk anak damit yang ditinggalkan di selatan Seoul. – AFP
Paderi Lee Jong-Rak, yang menubuhkan ‘kotak anak damit’ tujuh tahun lalu, yang membolehkan anak damit yang baru lahir (yang tidak dimahukan) dapat diambil dengan jaminan privasi mereka, semasa wawancara dengan AFP di Jusarang Community Church di selatan Seoul. - AFP
Paderi Lee Jong-Rak, yang menubuhkan ‘kotak anak damit’ tujuh tahun lalu, yang membolehkan anak damit yang baru lahir (yang tidak dimahukan) dapat diambil dengan jaminan privasi mereka, semasa wawancara dengan AFP di Jusarang Community Church di selatan Seoul. – AFP

Wanita yang berada dalam rakaman video itu adalah antara rakaman terbaru daripada lebih 1,000 lainnya, yang membuat perjalaan ke sebuah rumah di dalam sebuah kawasan kejiranan kelas-pekerjaan di pinggir Seoul.

Diubah menjadi sebuah tempat perlindungan oleh sebuah gereja kecil Seoul, sebuah bilik yang mempunyai kawalan suhu telah dibina di dinding serba guna yang dijadikan sebagai sebuah kotak anak damit, membolehkan anak damit baru lahir yang tidak dikehendaki boleh diambil tanpa mengenal pasti identiti ibu bapa mereka.

Terbaru – hampir 200 pada tahun lepas, dalam purata empat minggu – telah disimpan di dalamnya dengan keadaan masih berdarah, dibalut dengan kain, kadang-kadang tali pusat masih lagi melekat pada anak damit tersebut.

Paderi Lee Jong-Rak dari Jusarang Community Church telah menubuhkan kemudahan itu setelah mendengar laporan-laporan mengenai anak-anak damit yang ditinggalkan dalam keadaan terbuka atau di tandas awam, di mana mereka ini mempunyai risiko untuk mati akibat hipotermia.

“Sesetengah remaja melahirkan anak damit mereka di sebuah rumah kosong atau di tandas awam. Mereka membungkusnya dengan baju-baju lama atau tuala dan membawanya kepada kami,” katanya kepada AFP.

Pada satu ketika, sepasang pasangan muda membawa anak damit yang diliputi dengan debu. Si ayah telah merancang untuk mengebumikannya hidup-hidup, jelasnya.

“Apabila si ayah mula mengorek tanah, si ibu tidak dapat menahan dan menyelamatkan anak damit tersebut.”

Pada tahun 2010, tahun pertama operasi, hanya empat anak damit telah diletakkan di dalam kotak. Pada masa itu, wanita Korea Selatan yang menginginkan untuk memberi anak damit mereka (yang tidak dimahukan) itu telah dimestikan untuk menyerahkannya ke agensi pengambilan anak angkat dengan persetujuan bertulis mereka, tetapi sering memberikan butiran-butiran palsu atau tidak ada sebarang rekod, dan para pengendali melihatnya dengan cara yang lain.

Tetapi dua tahun kemudian negara itu mengamalkan sebuah undang-undang bagi mengharamkan agensi pengambilan anak angkat, selaras dengan Konvensyen Hague, yang bertujuan untuk memberikan hak-hak anak angkat bagi mengesan ibu bapa kandung mereka. Ia juga memerlukan bagi kesemua pengambilan anak angkat haruslah diluluskan oleh mahkamah.

Pada tahun 2013, 224 anak damit telah ditinggalkan di pusat itu oleh ibu bapa yang terdesak, yang menyembunyikan identiti mereka. Hampir keseluruhan perbuatan telah dilakukan oleh wanita tunggal miskin. Lebih ramai ibu yang belum berkahwin sedang menjaga anak-anak mereka di Korea Selatan, tetapi menghadapi pemulauan masyarakat dan kesukaran untuk mendapatkan suami yang dapat menerima masa lampau mereka itu.

Seorang pekerja sosial yang menjaga anak damit di Jusarang Community Church di selatan Seoul. - AFP
Seorang pekerja sosial yang menjaga anak damit di Jusarang Community Church di selatan Seoul. – AFP
Seorang wanita yang hanya memberikan namanya sebagai Park, dan anak damitnya berusia lima bulan, semasa satu wawancara dengan AFP di Jusarang Community Church. – AFP
Seorang wanita yang hanya memberikan namanya sebagai Park, dan anak damitnya berusia lima bulan, semasa satu wawancara dengan AFP di Jusarang Community Church. – AFP

Para pekerja di sana sering memantau latar belakang keluarga yang menghantar anak damit mereka ke kotak tersebut. Kotak itu beroperasi dalam sebuah kawasan berwarna kelabu yang diiktiraf sah.

Pihak berkuasa menyedari sepenuhnya, dan kementerian kebajikan – yang mempunyai kategori khusus dalam statistiknya – tidak juga menyokongnya mahupun membantahnya, menurut pegawai rasmi Kim Hye-Ji, “ia menyelamatkan nyawa anak damit baru lahir.”

Tetapi pejabat daerah Gwanak telah berkali-kali menggesa Paderi Cho untuk menutupnya. “Kami melihat kotak anak damit itu sebagai satu kemudahan yang tidak sah yang akan menggalakkan pengabaian anak damit,” kata pegawai tempatan Min Seo-Young.

Tempat perlindungan sering memantau ketibaan baru selama beberapa hari ini sehingga mereka dipindahkan ke rumah anak-anak yatim untuk menanti keluarga baru. Tetapi stigma kekal berlegar terhadap pengambilan anak angkat di Korea, di mana tumpuan untuk memelihara aliran darah keluarga telah menimbulkan idea untuk menjaga anak damit orang lain kepada kebanyakan orang.

Ia juga mempunyai sejarah yang panjang untuk menjadi kebanggaan dalam homogenitas kaumnya – kebanyakan pengambilan anak angkat pertama antarabangsa telah menghasilkan kanak-kanak campuran bangsa dalam anggota perkhidmatan Amerika Syarikat dan juga ibu-ibu warga Korea.

Bilangan anak angkat antarabangsa merosot sebanyak tiga perempat selepas undang-undang 2012 – yang mengetatkan pengambilan bagi ibu bapa angkat – dari 916 pada tahun sebelumnya dan menjadi 236 pada tahun 2013.

Kini Seoul berkata ia menyasarkan untuk meratifikasi Konvensyen Hague, yang mengatakan bahawa kanak-kanak perlu diambil sebagai anak angkat sebaiknya oleh kaum keluarga asal negara mereka, menjelang akhir tahun ini.

Para pegawai berkata pihak berkuasa akan mengawal selia dalam semua peringkat proses penerimaan, termasuk alasan anak damit itu diberikan, kelayakan mengambil anak angkat ibu bapa, dan memastikan bahawa sebagai golongan dewasa, pemgambilan anak akan dapat mengesan keluarga kandung mereka. .

Rakan sekerja Paderi Lee, Cho Tae-Seung bimbang bahawa peraturan-peraturan yang dibuat pada konvensyen itu boleh menjadi benteng pendorong oleh para wanita untuk meninggalkan anak damit mereka (yang tidak dimahukan itu) secara tidak sah dan merbahaya.

“Sukar untuk menyeimbangkan antara realiti dan norma penggunaan antarabangsa,” katanya.

Sebaliknya kumpulan itu ingin para ibu dibenarkan untuk melahirkan secara sah dan menyerahkan anak damit mereka itu tanpa dikenali. Di sebelah kotak di dinding, satu borang telah disediakan agar ibu bapa anak damit tersebut dapat menyatakan nama anak, tarikh lahir, dan vaksinasi. Ibu dalam video itu meninggalkannya tanpa mengisi borang tersebut. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -