Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Isu daging mahal, halal ditekankan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Salah satu strategi Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) untuk meningkatkan jaminan sekuriti makanan ialah menubuhkan keupayaan para peladang bagi menghasilkan makanan di Brunei.

    “Salah satu strategi itu termasuklah menggalakkan peladang dan penternak untuk menternak ternakan di negara ini.”

    Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menekankan perkara itu semasa mengulas isu yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai kehalalan, jaminan kesihatan dan proses pengendalian daging import.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa berkata, pengusaha daging tempatan teruk terjejas disebabkan sebuah syarikat yang mengimport daging dari luar negara dan menjualnya jauh lebih murah daripada harga penternak tempatan.

    Mengulas lanjut isu tersebut, Yang Berhormat Dato berkata, pada masa ini pihak kementerian juga telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat, PDS Sdn Bhd untuk membuat feedlot, di mana pengambilan anak-anak lembu dan kerbau yang dibesarkan di sini dan disembelih di sini.

    Menurut beliau lagi, jika ada cadangan untuk membuat projek tersebut adalah diharap dapat berunding dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk melaksanakannya, ini memang keutamaan mereka berbanding import.

    Selain itu, tambah beliau, salah satu strategi pihak kementerian untuk meringankan beban kos yang tinggi pada masa ini adalah untuk mencari alternatif kepada daging-daging berkenaan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, buat sementara waktu bagi mengatasi kenaikan harga disebabkan inflasi, penjualan langsung kerbau dari India dibenarkan secara sementara.

    Ini adalah untuk orang ramai terutama bagi orang berpendapatan rendah untuk membolehkan mereka juga menikmati daging yang murah.

    Manakala itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengulas mengenai kehalalannya.

    Menurut beliau, setelah proses-proses itu sudah dijamin dari segi kesihatannya oleh KSSUP dan di bawah Kementerian Kesihatan, itulah yang disebut Halalan Thayyiban.

    Halal ini di bawah undang-undang menghendaki daging yang akan diimport ke negara ini hendaklah disahkan terlebih dahulu, tempat penyembelihan untuk diberikan sijil halal dan mendapat pusat penyembelihan yang halal.

    Pemeriksaan dilakukan secara ketat mengikut perlaksanaan Halalan Thayyiban iaitu tempat penyembelihan tidak dapat dicampur gaul dengan yang bukan halal.

    “Ini adalah tugas pemeriksa untuk menentukan kehalalan tempat tersebut,” tegasnya.

    Dalam masa proses import ke negara ini, pemerhati akan dihantar bagi memerhati proses penyembelihannya untuk mengetahui apakah prosesnya melalui apa yang sudah ditetapkan.

    Bagi mengatasi kenaikan harga disebabkan inflasi, penjualan langsung kerbau dari India dibenarkan buat sementara waktu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...