Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Isu dana RM600 bilion: Tengku Zafrul sahkan belum dipanggil SPRM

KUALA LUMPUR, 8 DIS – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung salah guna dana RM600 bilion. 

Menerusi catatan di akaun Twitternya, Tengku Zafrul berkata beliau akan memberi kerjasama penuh jika dihubungi oleh pihak SPRM.

“Tiada apa yang nak disorokkan. Setakat ini, SPRM belum menghubungi saya. Sekiranya dihubungi, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Beberapa media tempatan melaporkan bahawa SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul untuk memberi keterangan mengenai salah guna dana RM600 bilion itu.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lepas.

 Pada 6 Disember lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini. – Bernama

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga, kiri) ditemui pemberita selepas tiba di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -