Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Isu fesyen pantas akhiri siri Eco Chat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), melalui Kempen SME 360 Series of the Sustainable Nation, baru-baru ini telah menutup tirai Siri Eco Chat dengan sesi dialog terakhir yang membincangkan fesyen pantas (fast fashion) dan kesan negatifnya terhadap alam sekitar.

    Forum itu menampilkan penceramah terkemuka seperti Pengasas Zerrin (Singapura), Susannah Jaffer; Presiden Fashion Designers Alliance (FDA) dan Pengasas Naforrer, Farhanna Pura; Perunding Jenama Kreatif dan Penasihat Fesyen Lestari Smiles Like Green Spirit and Cloop (Singapura), Jasmine Tuan; Dawn Lee dari La Vida Sdn Bhd; Pereka Studio Etah, Aisyah Azlan; dan Wan Wia’am dari Thryffy Brunei.

    Panel itu menekankan tentang kesan negatif fesyen pantas yang memfokuskan pada pengeluaran besar-besaran pakaian murah, berkualiti rendah dan pakai buang, yang menyedihkan dan merosakkan alam sekitar serta planet dalam jangka masa panjang.

    Farhanna dari Naforrer menekankan bahawa industri fesyen mewakili bahagian penting ekonomi dan ia boleh memainkan peranan besar dalam memajukan agenda kemapanan tempatan dan global melalui reka bentuk beretika dan amalan pengeluaran.

    Lee dari La Vida menegaskan bahawa walaupun sektor fesyen berkembang pesat, perhatian yang semakin meningkat telah dibawa kepada pelbagai kesan negatif alam sekitar yang dibawakan oleh industri.

    Barisan penceramah yang membincangkan isu feseyn pantas semasa dialog terakhir Siri Eco Chat, baru-baru ini. – Gambar serahan BIBD

    Beliau mencadangkan pendekatan yang lebih beretika dalam tabiat pengguna membeli-belah dan menggunakan fesyen yang akan memberi manfaat kepada alam sekitar dalam jangka panjang dengan menggunakan kuasa kitar semula dan penggunaan semula dan bukannya hanya melupuskan.

    Aisyah dari Studio Etah berkata bahawa menjadi tanggungjawab semua orang untuk memastikan penciptaan industri fesyen yang sirkular dan ekonominya dengan menggunakan sumber sedia ada dengan baik bagi mengelakkan pembaziran.

    Penyokong fesyen mampan terkenal yang berpangkalan di Singapura, Jasmine Tuan berkata bahawa masa depan fesyen tidak seharusnya dimanipulasi oleh trend, sebaliknya diilhamkan oleh reka bentuk dan kaedah pengeluaran yang tulen dan bertanggungjawab.

    Wan dari Thryffy Brunei menyokong tanggapan tersebut dan berkata bahawa pengguna telah berkembang untuk menyedari kepentingan kemapanan dan cenderung untuk menyokong idea perniagaan yang tulen, asli dan penuh perhatian.

    Manakala itu, Susannah Jaffer turut menyatakan kepercayaannya bahawa industri fesyen harus kekal sirkular dan bebas.

    Menjelang penghujung forum, para penceramah menyatakan bahawa fesyen sedar masih merupakan konsep yang agak muda di Brunei dan meningkatkan kesedaran tentang isu itu adalah langkah pertama dalam menangani masalah keseluruhan dalam fesyen pantas.

    Pendekatan holistik dan campur tangan semua pihak berkepentingan perlu dilaksanakan dalam rantaian bekalan untuk memastikan isu kemampanan ditangani dengan berkesan dan alam sekitar dilindungi oleh industri fesyen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...