Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Isu hasil 40% Sabah dimuktamad dalam majlis khas MA63

    KUALA LUMPUR, 17 MAC – Isu pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip kerajaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mesyuarat itu dijangka diadakan selepas selesai persidangan Dewan Rakyat penggal kali ini yang berakhir minggu depan bagi membincangkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC). 

    Ini susulan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Pengerusi JCC menerusi jawapan lisannya pada 3 Mac lepas bahawa pemberian khas itu tidak lagi terpakai. 

    “Keputusan JCC ini masih perlu dibentangkan di majlis khas tersebut dan setelah itu akan diputuskan dari segi jumlah yang akan diberi kepada Sabah. Saya telah bincang dengan Menteri Kewangan dan beliau mengatakan dan telah tekankan juga bahawa keputusan itu masih belum dibincangkan.

    “Memang negeri Sabah ada pandangan tersendiri dalam perkara ini. Jadi kita tunggu mesyuarat majlis khas yang dijangka diadakan bila selesai persidangan Parlimen minggu depan,” kata Ongkili ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

    Ongkili berkata demikian setelah menerima celahan daripada beberapa Ahli Parlimen Sabah yang meminta menteri itu menyatakan pendirian kerajaan untuk menyelesaikan isu terbabit memandangkan perkara itu masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan, justeru, bercanggah dengan kenyataan Tengku Zafrul. – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. – Bernam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...