Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Isu kenaikan harga barangan tiada kesudahan

    Isu kenaikan harga barangan terutama barang keperluan harian bukanlah masalah yang baharu diperkatakan malah lebih menjadi-jadi semenjak penularan wabak COVID di negara ini.

    Isu ini sudah menjadi buah mulut orang ramai berikutan terbeban dengan masalah ini khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan memiliki ahli keluarga yang ramai.

    Berpuluh-puluh aduan telah disuarakan kepada pihak relevan seolah-olah setiap aduan ‘nda tambus’ kata orang Brunei.

    Jikalau ada sekalipun pemantauan dijalankan, berkemungkinan para peniaga pandai menyembunyikan kesalahan mereka. Malahan harga yang dipaparkan pada barangan berbeza dengan harga di dalam sistem sebuah syarikat itu yang setentunya mengaburkan mata pihak berkuasa menjalankan pemantauan.

    Apabila pelanggan menegur harga yang berbeza, pelbagai alasan yang diberikan oleh pihak peniaga, ada yang mengatakan salah harga, harga baharu dan sebagainya, walhal barangan tersebut baharu sahaja dibeli dua hari sebelumnya tidak masuk akal naik secara mendadak melainkan berniat mengaut keuntungan semata-mata.

    Pihak relevan perlu mengambil berat perkara ini kerana hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan dan setentunya keperluan harian bertambah dan tidak menjadi mustahil sesetengah peniaga akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlebihan daripada pelanggan.

    Justeru, para pelanggan juga perlu selalu peka dengan harga barangan dan menyimpan resit belian serta memastikan harga barang yang dibeli sama dengan di dalam resit berkenaan.

    Di harap pihak relevan dapat melakukan pemantauan harga barangan di kedai-kedai seluruh negara ini dan bertindak terhadap mereka yang melakukan sebarang kesalahan.

    Pengguna tempatan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...